Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Hazland Abang Hipni telah menerima kunjungan hormat daripada Singapore Energy Market Authority (EMA) hari ini. Foto: TVS.

Singapura berminat beli kuasa elektrik dari Sarawak

KUCHING, 20 Jan: Singapura berminat untuk membeli kuasa elektrik dari Sarawak serta optimis terhadap potensi negeri ini dapat menjana penyambungan hidroelektrik yang berkesan.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni berkata Republik itu juga melihat Sarawak merupakan lokasi strategik susulan yakin akan kekayaan sumber tenaga hijau di sini.

“Singapura berminat untuk membeli sebahagian daripada kuasa elektrik dari Sarawak menerusi kuasa hidroelektrik ke Singapura melalui kabel bawah laut yang menghubungkan Kuching, Sarawak ke Singapura”.

“Pendaratan dan penyambungannya adalah di Kuching, Sarawak ke Singapura. Hal ini kerana Sarawak kaya dengan sumber tenaga terutamanya tenaga hijau yang merupakan hidroelektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima  kunjungan hormat dari Singapore Energy Market Authority (EMA), pada Jumaat.

Bercakap mengenai kunjungan hormat itu, Dr hazland memberitahu antara lain bertujuan untuk membincangkan mengenai kolaboratif antara Sarawak dan negara itu iaitu proses awal pembelian kuasa elektrik dari Sarawak.

Menurut Dr Hazland, setakat ini pihaknya dan EMA sedang berbincang mengenai persiapan awal untuk menjalankan projek tersebut.

“Sekarang kami dalam proses rundingan dan persiapan awal. Langkah pertama ialah membuat tinjauan Projek Kabel Dasar Laut. Beberapa bulan akan datang iaitu sekitar 10 bulan ini, kami akan meneruskannya ke peringkat yang lebih jauh lagi,” jelasnya.

Menjelas lanjut beliau mendedahkan Sarawak mempunyai empat empangan besar yang diyakini dapat menyumbang kepada masa depan yang baik untuk industri tenaga di negeri ini iaitu di Bakun, Batang Ai, Murum dan Baleh.

Hadir sama Ketua Eksekutif EMA, Ngiam Shih Chun, Ketua Pegawai Komersial Energy Connection EMA, Eugene Toh, Timbalan Pengarah Pejabat Sambungan Tenaga, EMA Singapura, Tan Xin Yi dan Pengarah (Bahagian Tenaga), Kementerian Perdagangan & Industri Singapura, Leow Lay May,  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan