Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat kanak-kanak yang di hantar oleh buaya. Foto: Pejabat SAR Samarinda.

Seekor buaya hantar jasad kanak-kanak ke tepi sungai Mahakam

ByTVS

JAKARTA, 20 Jan: Seekor buaya di Kutai Timur, Kalimantan Timur menghantar jasad seorang kanak-kanak lemas dari Kutai Kartanegara ke tepi Sungai Mahakam kepada keluarga mangsa.

Sebelum itu, kanak-kanak malang berusia empat tahun bernama Muhammad Ziyad Wijaya itu dipercayai hilang di belakang rumahnya di perairan Muara Jawa pada Rabu (18 Jan) ketika sedang bermain.

Susulan kehilangan mangsa, keluarganya membuat laporan kepada Badan Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas) wilayah Samarinda untuk mendapatkan khidmat mencari mangsa.

Menurut Ketua Pejabat SAR Samarinda, usaha mengesan mangsa dilakukan di lokasi terakhir mangsa (LKP) terjatuh dengan mengerahkan anggota bersama sebuah bot serta melaksanakan pencarian melalui udara.

Namun setelah dua hari insiden tersebut mayat mangsa yang masih sempurna dan dipercayai lemas telah dihantar oleh seekor buaya ke tepi sungai dengan jarak 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.

Ketika buaya menghampiri keluarga mangsa, jasad kanak-kanak berkenaan segera dilepaskan oleh reptilia terbabit dan berjaya dipindahkan ke darat selepas itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan