Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kubah Ria, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan MA63 telah laksana segera tuntutan – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 20 Jan: Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) disifatkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bukan lagi wadah perbincangan namun telah melaksanakan segera tuntutan seperti yang termaktub sejak sekian lama.

Pendapat sedemikian dizahirkan beliau selepas menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar ekoran beberapa keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat tersebut, menurut Abang Johari merupakan pelaksanaan yang termaktub dalam MA63 dan bukan permohonan baharu.

“Perkara itu telah termaktub dan hanya perlu untuk dilaksanakan sahaja”.

“Misal kata ada masalah teknikal sedikit, itu pastinya boleh diselesaikan,” katanya pada sidang media khas selepas menghadiri Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan MA63 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari menyatakan kerajaan Sarawak menyambut baik keputusan kerajaan persekutuan yang menyerahkan kuasa meluluskan projek pembangunan bernilai sehingga RM50 juta kepada pentadbiran Sabah dan Sarawak.

“Kalau proses berjalan dengan baik dan lancar, Kementerian Kewangan juga bersetuju untuk meningkatkan lagi harga bumbung bagi melaksanakan projek-projek seterusnya”.

“Apa yang paling penting adalah integriti dalam melaksanakan projek-projek di bawah prosedur yang harus dipatuhi,” ujar beliau.

Terdahulu, mesyuarat yang berlangsung di DUN Sarawak itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan