Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar pokok di Jalan Wawasan, Sibu, hari ini. Foto: BBP Sungai Merah

Lelaki maut, kereta dipandu langgar pokok

SIBU, 20 Jan: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar pokok di Jalan Wawasan di sini, hari ini.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Poh Ching Peng, 42, maut di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Abdul Mutalif Ja’afar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2 pagi.

Katanya, setiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa melanggar pokok dan mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta tersepit di bahagian pemandu.

“Pasukan Bomba kemudian mengeluarkan mangsa namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis telah diterima pihaknya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan