Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol dan Datuk Ding Kuong Hiing pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Masyarakat Sungai Sian, Bintangor pada Khamis. Foto: TVS

Kuong Hiing dan Abdullah bekerjasama rapat bangunkan Bintangor

BINTANGOR, 20 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menghargai kerjasama rapat ADUN Semop, Datuk Abdullah Saidol dalam usaha membangunkan pekan Bintangor.

Beliau berkata beberapa inisiatif pembangunan hasil permohonan beliau bersama Abdullah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) telah memberi manfaat kepada penduduk di kawasan masing-masing.

Malah katanya, suasana kempimpinan politik yang tenang serta masyarakat Sarawak yang bekerjasama adalah faktor utama kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu melaksanakan pelbagai projek pembangunan dengan rancak dan lancar.

“Kita semua faham bahawa Yang Berhormat Datuk Abdullah Saidol merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan dia juga sangat suka menolong rakan sekerjanya contohnya saya,” katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Masyarakat Sungai Sian di sini pada Khamis.

Beliau berkata GPS mempunyai barisan pemimpin mantap menjadikannya sebagai satu pasukan yang kuat dalam usaha membangun dan memperjuangkan nasib rakyat khususnya di Bintangor.

Secara tidak langsung ujarnya, kewujudan sebuah pasukan yang mantap itu melicinkan perancangan kerajaan untuk meneruskan agenda pembangunan.

Dalam perkembangan berkaitan beliau menzahirkan rasa bangga dengan perpaduan rakyat Sarawak yang diterjemahkan melalui sambutan dalam setiap perayaan.

“Kita akan meraikan perayaan Tahun Baru Cina, selepas itu Hari Raya, pada bulan Jun kita ada Hari Gawai. Dalam masa enam bulan kita ada tiga perayaan dan setiap perayaan semua kaum memang berkumpul bagi meraikannya bersama-sama,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan