Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencuba bakat membuat aiskrim gula apong pada Program Jelajah Kerajaan Perpaduan-Kenduri Rakyat di Kubah Ria, Kuching, hari ini. Foto: Bernama

Keenakan aiskrim gula apong serikan kenduri rakyat Sarawak bersama PM

KUCHING, 20 Jan: Aiskrim Gula Apong menjadi antara hasil kulinari unik Sarawak dan hidangan menarik dalam majlis Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kubah Ria di sini hari ini.

Anwar, yang tiba bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menikmati aiskrim perisa tempatan itu bersama ribuan rakyat usai solat Jumaat di Masjid Jamek.

Aiskrim gula apong merupakan campuran manisan dihasilkan daripada nira pokok nipah yang tumbuh liar di sepanjang  tebingan sungai di Sarawak sesuai dijadikan sebagai sirap gula dan penambah rasa.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut berpeluang merasa sendiri juadah ‘pengilan’ atau kenduri ala Sarawak selain makanan istimewa Bumi Kenyalang seperti dabai dan suntong  tutok (sotong yang diketuk) dalam jamuan makan tengah hari.

Turut menemani beliau ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Selepas menghadiri program tersebut, Anwar melakukan kunjungan hormat ke atas Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediaman Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu di Demak Jaya sebelum berlepas pulang ke  Kuala Lumpur petang ini.

Ini merupakan lawatan pertama Anwar ke Sarawak sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan