Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DSP Arifin (kanan) menyerah dokumen serah tugas kepada penggantinya, DSP Veronica sambil disaksikan ACP Zulkipli. Foto: IPD Sibu.

DSP Veronica Judia kini Ketua Bahagian JPJKK IPD Sibu

SIBU, 20 Jan: Bekas Pensyarah di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL),  DSP Veronica Judia Jeron kini menyandang jawatan Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, Veronica mengambil alih tugas daripada Deputi Superintendan (DSP) Ariffin Bahar yang bersara wajib pada usia 60 tahun mulai hari ini.

“PDRM Sibu ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Veronica atas pelantikan beliau sebagai Ketua JPJKK IPD Sibu yang baharu,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau yakin Veronica yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kepolisan boleh menggalas tugas baharunya dengan baik.

“Saya yakin beliau mempunyai potensi dan kebolehan meneruskan kecemerlangan pasukan JPJKK IPD Sibu serta menjunjung tugas yang diamanahkan,” ujarnya.

Sementara itu beliau optimis terhadap JPJKK iaitu merupakan sebuah bahagian yang merangka strategi serta inisiatif untuk membendung jenayah dan meningkatkan persepsi keselamatan dalam kalangan orang awam khususnya di bandar ini.

Terdahulu, Zulkipli menyaksikan simbolik penyerahan dokumen tugas antara Ariffin kepada Veronica di sini.

Dalam pada itu, Zulkipli turut menzahirkan penghargaan kepada Ariffin atas bakti yang dicurahkan kepada pasukannya sepanjang tempoh tiga tahun memikul tugas sebagai Ketua JPJKK IPD Sibu hingga tarikh persaraan wajibnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan