Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (kanan) bersama Pengarah Filem Sabri Yunus ketika hadir pada tayangan ekslusif filem Duan Nago Bogho di Golden Screen Cinema (GSC) di sebuah pusat beli-belah di sini malam ini. Foto: Bernama

Treler filem ‘Pulau’ tidak sesuai ditayangkan – Fahmi

ByBernama

PETALING JAYA, 18 Jan: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berpandangan treler filem bergenre seram, ‘Pulau’ tidak sesuai untuk ditayangkan.

Fahmi berkata bagaimanapun beliau tidak boleh bercakap bagi pihak Lembaga Penapis Filem (LPF) yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri.

“Saya tak boleh bercakap bagi pihak LPF dan saya juga difahamkan pihak FINAS telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini, tetapi dia bukan pada aspek penapisan. Apa-apa prosedur yang dipantau oleh FINAS itu adalah berlandaskan kepada SOP (prosedur operasi standard) perhubungan antara LPF dengan FINAS.

“Pandangan saya mungkin kita kena teliti semula beberapa SOP kerana jelas di sini telah berlaku satu pelanggaran dan saya difahamkan dari segi kelulusan LPF itu telah diberi pada bulan September tahun lalu, sebelum saya jadi menteri, sebelum kerajaan yang ada sekarang ini,” katanya ketika hadir pada tayangan eksklusif filem Duan Nago Bogho di sini, malam ini.

Beliau diminta mengulas sama ada LPF atau FINAS akan mempertimbangkan semula tayangan filem itu di pawagam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan