KUCHING, 18 Jan: Persimpangan lampu isyarat di Bulatan Tabuan Traquility (TT3) dibuka mulai hari ini pada jam 8 pagi tadi.
Perkara ini dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan hari ini.
“Pengguna jalan raya diminta untuk berhati-hati memandu di jalan berkenaan sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan dan memenuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan hingga tamat kerja pembaikan,” menurut kenyataan.
Dalam pada itu, pihak JKR akan memaklumkan sebarang perubahan seperti tarikh, waktu ataupun kawasan yang terlibat dengan kerja pembaikan dari semasa ke semasa.
Sementara itu, sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik, orang ramai diminta untuk menghubungi JKR Bahagian Samarahan di talian 082-203 096 pada waktu pejabat.