Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian barangan yang dirampas oleh polis menerusi serbuan di sebuah rumah di Lawas, pagi kelmarin.Foto IPD Lawas.

Lelaki ditahan bersama senapang, peluru hidup dan dadah di Lawas

LAWAS, 18 Jan: Seorang lelaki tempatan ditahan bersama dadah, senapang dan beberapa butir peluru di sebuah rumah di Kampung Tang Sango A Lawas, dekat sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Sila Kadong berkata, serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas pada pukul 5.30 pagi itu berjaya menahan suspek yang berusia 42 tahun.

Katanya, hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan, anggotanya menemui pelbagai paket plastik lutsinar yang berisi bahan kristal jernih disyaki dadah jenis Methamphatamine seberat 5.40 gram.

“Turut dijumpai di situ ialah selaras senapang dan 12 butir peluru,” katanya kepada TVS hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dibuat ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.

“Suspek juga dikesan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya lagi.

Kata Sila, kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

“Suspek direman selama dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan