Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei, Dr Emmanuel Joseph Fong Tsung dihubungi TVS pada hari ini. Foto: TVS

Kompaun RM2,300 dikeluarkan dalam Op Premis Bersih di Sarikei

SARIKEI, 18 Jan: Kompaun sebanyak RM2,300 dikeluarkan menerusi Op Premis Bersih yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di sekitar bandar ini semalam.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei, Dr. Emmanuel Joseph Fong Tsung berkata, daripada jumlah itu, sebanyak sembilan notis kompaun dikeluarkan berdasarkan pemeriksaan terhadap 13 buah premis.

Pada masa yang sama ujarnya, sebuah gerai diarahkan tutup kerana tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

“Antara kesalahan yang telah dikenal pasti sepanjang operasi termasuk ketidakpatuhan kepada peraturan (1)(B), tidak mematuhi berhubung dengan pengendali makanan, kesalahan perkara ke-30 iaitu tidak mematuhi dengan kehendak berhubung dengan pengendali makanan.

“Sebanyak dua kesalahan iaitu kesalahan yang terkesan ialah menggaji atau membenarkan pengendali makanan tanpa menjalani latihan pengendalian makanan,” katanya ketika dihubungin TVS pada hari ini.

Operasi itu antara lain kata beliau bertujuan menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM)  selain meningkatkan kesedaran pentingnya penjagaan diri dan tempat penyediaan makanan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan