Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pakar Ekonomi, Professor Kehormat UNIMAS, Dato Dr Madeline Berma.

Kerajaan perlu mengambil kira keselamatan ekonomi rakyat

KUCHING, 18 Jan: Kerajaan harus meningkatkan keselamatan ekonomi rakyat Malaysia menerusi empat komponen keselamatan ekonomi sebagai langkah meningkatkan taraf kelangsungan hidup masyarakat masa kini.

Pakar Ekonomi, Professor Kehormat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dato Dr Madeline Berma berkata empat komponen keselamatan ekonomi yang boleh dipertimbangkan ialah keselamatan pendapatan, keselamatan pasaran buruh, keselamatan pekerjaan dan keselamatan kemahiran.

“Menerusi empat komponen tersebut, kerajaan perlu mengambil kira perlaksanaan upah minimum, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, melindungi hak pekerja dan meningkatkan akses kepada latihan kemahiran,” katanya ketika dihubungi TVS semalam.

Jelasnya, empat komponen ini merangkumi kaedah terbaik kerajaan untuk membantu rakyat meningkatkan kelangsungan hidup, selain daripada memilih untuk mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikemukakan oleh Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat).

Pakar ekonomi tersebut berpendapat pengeluaran KWSP merupakan penyelesaian jangka pendek kepada isi rumah dan akan meningkatkan risiko pada masa hadapan.

“Terutamanya golongan B40 sebagai majoriti berpendapatan rendah dan mempunyai caruman yang kecil hingga tidak mencukupi untuk persaraan mereka kelak,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan