JAKARTA, 18 Jan: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah Bonebolanggo, Gorontalo, Sulawesi Utara, pagi tadi.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa bumi itu berlaku pada pukul 8.34 pagi tadi.
Pusat gempa dikesan pada kedalaman 138 kilometer (km) di bawah dasar laut.
Sementara itu, Ketua Pusat Gempa dan Tsunami BMKG, Dr. Daryono berkata, gegaran itu dicetuskan oleh Plat Sangihe di bawah Teluk Tomini yang sudah bermula sejak empat hari lepas.
Gegaran selama lima saat itu menyebabkan penduduk panik dan meninggalkan kediaman masing – masing.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami yang dikeluarkan. -TVS