Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), telah melancarkan projek rintis Cashless@PEDi di 28 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) terpilih di seluruh negara. Foto: TVS

Cashless@PEDi terap budaya tanpa tunai masyarakat luar bandar

ByLuqman Muhammad

PUTRAJAYA, 18 JAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), telah melancarkan projek rintis Cashless@PEDi di 28 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) terpilih di seluruh negara.

MCMC menerusi satu kenyataan berkata objektif utama projek rintis ini adalah untuk membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan masyarakat luar bandar melalui pameran dan aktiviti yang bakal diadakan melalui PEDi.

PayNet yang dimiliki oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan 11 bank tempatan adalah pengendali rangkaian pembayaran runcit kebangsaan dan perkongsian infrastruktur berpusat untuk pasaran kewangan Malaysia.

“Projek rintis Cashless@PEDi ini dilihat bertepatan dengan matlamat mempertingkatkan tahap literasi pembayaran digital di bawah Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.

“Menurut kajian cerapan pembayaran digital PayNet 2022 (PayNet Digital Payments Insights Study 2022), 78 peratus rakyat negara ini masih lagi cenderung menggunakan pembayaran tunai pada tahun 2021 iaitu kurang 11 peratus berbanding tahun 2020″.

“Namun, trend penggunaan tunai kembali meningkat pada 2022, terutamanya di kawasan luar bandar,” menurut kenyataan itu.

Projek rintis ini bermula di PEDi PPR Sri Pantai dan PEDi PA Seri Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 31 Disember 2022 yang mana penduduk setempat didedahkan dengan maklumat dan kelebihan kaedah pembayaran tanpa tunai serta berpeluang menikmati pengalaman berbelanja tanpa tunai melalui pelbagai kaedah e-pembayaran yang dikendalikan oleh PayNet, seperti kad debit (MyDebit), JomPay, DuitNow QR, dan sebagainya.

Berikut adalah senarai PEDi di bawah Program Rintis Cashless@PEDi:

1.PPR SRI PANTAI, KUALA LUMPUR
2 PA SERI SABAH, KUALA LUMPUR
3 TAMAN KELISA, SELANGOR
4 FELDA SOEHARTO, SELANGOR
5 FELDA PALONG 11, NEGERI SEMBILAN
6 FELDA PASOH 4, NEGERI SEMBILAN
7 TAMAN MURAI JAYA, MELAKA
8 TAMAN SERI LUBUK REDAN, MELAKA
9 PEKAN RUMBIA, MELAKA
10 FELDA REDONG 1, JOHOR
11 TAMAN YAYASAN, JOHOR
12 FELDA PEMANIS 2, JOHOR
13 PPR SIMPANG PERDANA, PERAK
14 TAMAN KLEBANG UTAMA, PERAK
15 TAMAN GELUGOR INDAH, PENANG
16 TAMAN PRESTIJ 11, PENANG
17 KAMPUNG PAUH, PERLIS
18 PEKAN SIK, KEDAH
19 PEKAN KG LALANG, KEDAH
20 KG KALAI, KELANTAN
21 AYER LANAS, KELANTAN
22 KG TEMBILA, TERENGGANU
23 PEKAN DAMAK, PAHANG
24 FELDA PADANG PIOL, PAHANG
25 BALINGIAN, SARAWAK
26 PEKAN TATAU, SARAWAK
27 KG RANCANGAN SUAN LAMBA, SABAH
28 SIM SIM, SABAH

Tags: MCMC, PayNet, PEDi

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan