Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd. Rafiq Ismail menyumbang sebutir lagi pingat emas kepada Malaysia pada hari terakhir Kejohanan Boling Asia Ke-26 di Hong Kong hari ini. Foto Bowling Malaysia.

Boling Asia: Rafiq tambah kilauan emas untuk Malaysia

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 18 Jan: Juara Asia, Mohd. Rafiq Ismail menyumbang sebutir lagi pingat emas kepada Malaysia pada hari terakhir Kejohanan Boling Asia Ke-26 di Hong Kong hari ini.

Mohd. Rafiq yang meraih tiga emas sebelum ini mengungguli acara master lelaki dengan menewaskan wakil Korea Selatan, Park Geon Ha menerusi keputusan 488 – 450 selepas bertarung dua perlawanan.

Terdahulu, Mohd. Rafiq mara ke final selepas menewaskan seorang lagi pemain Korea Selatan, Ji Geun menerusi catatan 244 berbalas 182.

Ini merupakan kali kedua pemain kelahiran Kuala Lumpur itu menang emas acara master selepas melakukannya kali pertama pada 2016.

Malaysia menutup kempen dengan muncul naib juara keseluruhan dengan empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa.

Singapura muncul juara keseluruhan dengan enam pingat emas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan