Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hotel Riverside Majestic Puteri Wing menerima sambutan yang memberansangkan sejak dibuka semula kepada pengunjung baru-baru ini. Foto TVS.

Wajah baharu Hotel Riverside Majestic tarik perhatian

ByNazirah Adlina

KUCHING, 17 Jan: Hotel Riverside Majestic menerima sambutan yang memberansangkan sejak dibuka semula kepada pengunjung baru-baru ini.

Pengurus Besarnya,  Andrew Lim berkata, ini dapat dilihat berdasarkan tempahan bilik berharga RM500 sehari sebanyak 10 hingga 12 tempahan setiap hari.

Katanya, kadar harga penginapan itu berdasarkan faktor lokasi hotel berkenaan yang terletak berhampiran Waterfront Kuching dan kesepakatan juga telah dicapai bersama pengurusan hotel – hotel di kawasan sekitar.

“Kami telah mengadakan mesyuarat bersama Hotel Hilton, Hotel Pullman dan Hotel Waterfront.

“Semua bersetuju bahawa kawasan di sekitar Waterfront Belt sepatutnya mempunyai kadar harga yang lebih baik iaitu lebih RM500,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis pelancaran semula Puteri Wing serta majlis sempena Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Andrew turut memberitahu, sejak ballroom Puteri Wing dibuka pada Julai tahun lalu, beberapa acara besar telah dianjurkan di situ dengan kapasiti 900 tetamu.

Berkenaan ubah suai Puteri Wing pula, Andrew berkata, konsep rekaan dalaman dewan itu diilhamkan berdasarkan rekaan Indonesia.

“Kami ingin menerapkan elemen tersebut dengan elemen kebudayaan di Sarawak,”katanya.

Kata beliau, pengubahsuaian itu menyebabkan perubahan yang ketara.

“Seperti yang anda lihat, semua reka bentuk diukir dengan tangan serta mempunyai hiasan daun emas. Jadi ia menuntut bakat dan kesabaran tinggi untuk merealisasikannya,”kata Andrew.

Hotel 18 tingkat ini menampilkan transformasi lengkap dengan tema Royal Majestic, menawarkan 241 bilik tamu termasuk suite serta dilengkapi dengan kemudahan premium yang bertaraf antarabangsa.

Selain itu sempena sambutan Tahun Baharu Cina, hotel ini menawarkan pelbagai promosi harga bagi menu set perayaan berkenaan.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 082-532 222 atau layari laman web www.riversidemajestic.com . – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found