Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: Khalil Bolhen (TVS)

Sarawak peruntuk RM3 juta gandakan pengeluaran padi menjelang 2024

ByYusuf Shukri

KUCHING, 17 Jan: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM3 juta kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan pengeluaran padi di Sarawak sebanyak tiga kali ganda menjelang 2024.

Jika penyelidikan tersebut berjaya membuahkan hasil, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, contoh yang sama akan digunakan untuk penanaman tumbuhan lain.

“Kita mempunyai beras yang sangat berkualiti iaitu beras Bario dan kita mahu menjenamakannya untuk pasaran domestik dan juga antarabangsa.Sekarang ini kita sangat bergantung dengan beras dari Thailand, jika sesuatu terjadi di sana yang melibatkan pengeluaran beras, bekalan beras kita akan terjejas.

“Jadi penyelidikan ini sangat penting dan Sarawak kini dalam proses untuk meningkatkan pengeluaran komoditi ini dengan menggunakan teknologi moden,” katanya ketika  berucap di majlis Perasmian Bengkel Keselamatan Makanan Sarawak-Belanda di hotel Pullman hari ini.

Bengkel tersebut menjadi platform kepada peserta-peserta yang terdiri daripada petani untuk mempelajari dan melaksanakan penggunaan teknologi moden dari Belanda ke dalam pertanian mereka.

Dalam masa sama, Abang Johari juga mengenal pasti tiga kelemahan sektor pertanian di Sarawak termasuk penggunaan teknologi moden mesra alam dalam sektor pertanian, pengurusan tanah dan tanaman dan juga penghasilan biji benih serta pengurusan tapak semaian.

“Jika kita dapat mengatasi ketiga-tiga masalah ini, Sarawak boleh menjadi salah satu pemain utama untuk mengatasi masalah keselamatan makanan dalam wilayah ini.

“Saya berharap bengkel ini akan menjadi platform untuk menghasilkan pendekatan baharu kepada industri makanan kita,” tambah beliau lagi.

Di samping itu, Abang Johari berkata, Sarawak mempunyai banyak individu berbakat yang boleh dilatih menghasilkan makanan berkualiti tinggi untuk populasi lebih tiga bilion yang dapat dieksport melalui penerbangan yang hanya memakan masa enam jam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan