Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tiga, kiri) menyampaikan cenderahati kepada Duta Besar Belanda ke Malaysia Jacques Werner selepas merasmikan Bengkel Keselamatan Makanan Sarawak-Belanda kali pertama, di sini hari ini.Foto Bernama.

Sarawak mahu contohi pertanian pintar Belanda

ByYusuf Shukri

KUCHING, 17 Jan: Sarawak bersedia untuk mengkaji kaedah pertanian pintar dan keselamatan makanan daripada Belanda yang merupakan pengeksport makanan kedua terbesar di dunia, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelas Premier Sarawak itu, ini bagi memastikan usaha mentransformasikan sektor pertanian di sini dan seterusnya menjadi pengeksport makanan berskala besar dapat dicapai dengan menggunakan semua sumber secara optimum.

Kata Abang Johari, menerusi keluasan tanah dan populasi yang kecil, Sarawak mempunyai potensi yang besar untuk menjadi pemain utama dalam memastikan keselamatan makanan di wilayah ini terjamin.

“Jika kita lihat Belanda, negara tersebut telah mencapai kejayaan walaupun mereka mempunyai tanah yang lebih kecil dan populasi yang lebih besar.

“Kita mahu mencontohi mereka dan menggunakan kaedah pertanian pintar bagi mencapai objektif kita,” katanya.

Beliau berkata demikain ketika hadir pada Majlis Perasmian bengkel Keselamatan Makanan Sarawak-Belanda di sini hari ini.

Sementara itu, Abang Johari berkata, buah-buahan serta sayur-sayuran asli Sarawak seperti Terung Asam berpotensi untuk dikomersialkan dan dikeluarkan dalam skala besar dengan adanya nilai tambah.

“Komuniti pertanian moden perlu mengenal pasti produk asli ini yang boleh dihasilkan secara besar-besaran namun pada masa sama kita perlu mengekalkan kualitinya,”kata beliau.

Abang Johari menambah, buah-buahan dan sayur-sayuran asli bukan sahaja mempunyai permintaan tinggi kerana khasiatnya tetapi juga boleh dikitar semula dengan menggunakan ekonomi kitaran yang mana Belanda sangat pakar dalam perkara ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan