Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Hazland Abang Hipni (tengah) merasmikan Program Transformasi Kontraktor Minyak dan Gas Sarawak (PTKS). Foto: TVS

Sarawak capai sifar bersih karbon menjelang tahun 2050

MIRI,17 Jan: Penggunaan tenaga hidrogen sebagai sumber tenaga hijau di Sarawak adalah sebagai salah satu usaha mencapai sifar bersih karbon menjelang 2050, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni.

Katanya, polisi Sarawak terhadap kenderaan elektrik misalnya, menggunakan tenaga hidrogen dan bukan bateri yang mempunyai besi yang bertoksik dan boleh mencemarkan alam sekitar.

“Dasar Sarawak mengenai kenderaan elektrik adalah kita akan terus kepada hidrogen, FCEV (Kenderaan Sel Bahan Api Hidrogen), bukan bateri EV.Sebab bateri tidak hijau. Pengeluaran bateri boleh diisi semula, tetapi dalam bateri terdapat logam berat yang beracun. Namun hidrogen adalah hijau, terutamanya hidrogen di Sarawak. Bukan hidrogen dari tempat lain, seperti hidrogen kelabu daripada minyak dan gas, hidrogen biru dan hidrogen merah jambu daripada nuklear.

“Tetapi Sarawak ada hidrogen hijau kerana kuasa yang digunakan untuk memisahkan hidrogen dan oksigen adalah daripada kuasa hidro, solar dan angin. Jadi hidrogen kami adalah hidrogen premium,” kata beliau.

Selain itu Hazland memberitahu, Sarawak mempunyai kelebihan iaitu sumber bagi menghasilkan hidrogen yang mana telah menarik negara luar datang ke Sarawak bagi mempelajari penghasilan tenaga hijau hidrogen.

“Setiap negara di dunia boleh menghasilkan hidrogen, dengan syarat mereka mempunyai dua perkara. Satu mereka ada air, nombor dua mereka ada kuasa. Bezanya cuma kuasa, sumber kuasa apa yang mereka ada. Adakah arang batu, bahan api atau nuklear? Tetapi Sarawak mempunyai kuasa hidro. Itulah perbezaannya.

“Jadi negara-negara yang tidak mempunyai kuasa hidro, mereka datang kepada kita. Sebab itu Korea dan Jepun telah pun datang untuk berunding dengan loji hidrogen di Samalaju yang boleh menghasilkan 100,000 tan hidrogen setiap tahun,” tambah beliau lagi.

Penggunaan seimbang antara tenaga hijau boleh diperbaharui dengan sumber tenaga minyak dan gas menjadi langkah untuk mencapai sasaran pengurangan karbon sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030.

Beliau berpendapat sekiranya semua 198 negara di dunia mematuhi Perjanjian Iklim Paris 2015 dan menggunakan tenaga hijau yang bersih, maka tidak mustahil untuk mencapai matlamat sifar bersih karbon menjelang 2050. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan