Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Majang Renggi (depan,sebelas kanan) dan rombongan yang terdiri daripada pensyarah universiti tempatan merakamkan gambar bersama pihak Ferroalloys Sdn Bhd semasa lawatan kerja ke kilang industri itu di Samalaju. Foto: TVS

Pusat Penyelidikan JKR Sarawak main peranan penting dalam industri pembinaan

BINTULU, 17 Jan: Jabatan Kerja Raya (JKR ) Sarawak berhasrat untuk bergerak ke hadapan dalam meneroka penjimatan, kecekapan dan kualiti serta kemampanan menerusi pusat penyelidikannya.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi berkata, fungsi utama Pusat Penyelidikan JKR Sarawak adalah untuk melakukan kerjasama dengan institusi akademik tempatan untuk penyelidikan gunaan bagi memenuhi keperluan industri.

Menurutnya, hasil penyelidikan akan digunakan sebagai pusat rujukan dan nasihat untuk amalan kejuruteraan serta juga sebagai pusat untuk mengesahkan kesesuaian produk perindustrian baharu sebelum diguna pakai dalam industri pembinaan.

“Sebenarnya saya telah melawat Pusat Penyelidikan JKR Sarawak pada 12 Oktober tahun lalu dan saya begitu kagum dengan peralatan yang dimiliki oleh pusat penyelidikan ini untuk menjadi barisan hadapan dalam industri pembinaan di Sarawak.

“Jadi, fungsi utama Pusat Penyelidikan JKR Sarawak adalah untuk melakukan kerjasama dengan institusi tempatan di Sarawak dan inilah sebab mengapa terdapat lima institusi pengajian tinggi di Sarawak dijemput untuk menyertai lawatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan kerja ke Pertama Ferroalloys Sdn. Bhd di Samalaju di sini, semalam.

Menurut beliau, lawatan tersebut adalah bertujuan untuk meneroka penggunaan sisa dalam industri pembuatan seperti sanga yang dihasilkan daripada ferrosilicon untuk pembinaan jalan raya.

“Pertama Ferroalloys Sdn. Bhd menghasilkan kira-kira 16,000 tan sanga sebulan dan telah memenuhi sebahagian besar kawasan kilang mereka.

“Sebagai Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, saya berharap lawatan sambil belajar ini dapat merapatkan kerjasama antara institusi tinggi di Sarawak dan pemain industri,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan