Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang (tengah) bergambar bersama warga Jabatan Perpaduan Negara, Negeri Sembilan pada Majlis Sesi Amanat Bersama Warga Kementerian Perpaduan Negara hari ini.Foto Bernama.

Pelbagai program promosi konsep Malaysia Madani – Aaron

ByBernama

SEREMBAN, 17 Jan: Pelbagai program menarik dan bertepatan dengan konsep Malaysia Madani akan dirangka dalam usaha memupuk masyarakat bertamadun serta menyemarakkan semangat perpaduan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Aaron berkata kementeriannya memainkan peranan dalam mempromosikan serta memberikan pemahaman terhadap konsep Malaysia Madani yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semua kementerian juga bertanggungjawab dalam mempromosi dan memupuk konsep Malaysia Madani kepada masyarakat.

“Selaku Kementerian Perpaduan, usaha yang diambil untuk mempromosi konsep tersebut lebih menyeluruh terutamanya tentang pemahaman masyarakat bertamadun dalam menghormati budaya dan menjadi negara lebih harmoni,” katanya kepada pemberita selepas memberikan amanat kepada kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sembilan di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Katanya program berkonsepkan Malaysia Madani itu akan dimulakan di Sarawak bersempena Minggu Perpaduan Negara, Mei ini, dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi.

Program tersebut akan memberi tumpuan dalam membentuk masyarakat masa depan yang ideal, bertamadun serta saling menghormati walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya, katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan