Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zulkipli ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan IPD Sibu sambil disaksikan DSP Irwan Hafiz (kiri). Foto: TVS

Kes jenayah komersial libatkan kerugian lebih RM7.467 juta di Sibu tahun lepas

SIBU, 17 Jan: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu merekodkan sebanyak 443 kes jenayah komersial yang melibatkan kerugian berjumlah RM7,467,281.81 pada tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, angka itu menunjukkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPD berkenaan berjaya mengurangkan kerugian sebanyak RM4,205,218.55 juta atau 36.03 peratus berbanding RM11,672,500.36 pada 2021.

“Namun demikian, berlaku peningkatan jumlah tangkapan iaitu sebanyak 441 tangkapan berbanding 152 tangkapan pada tahun sebelumnya,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan IPD berkenaan hari ini.

Turut hadir, timbalannya, Superintendan Collin Babat dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Deputi Superintendan Irwan Hafiz.

Katanya, penurunan jumlah kerugian merupakan hasil usaha polis yang berterusan memberi kesedaran kepada masyarakat melalui ceramah kesedaran, pengkongsian media, penerangan melalui kempen Omnipresent dan kempen-kempen lain.

Sementara itu, Zulkipli juga memberitahu, kes kemalangan pada tahun lepas juga mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 1,882 kes berbanding 1,362 kes yang dilaporkan pada tahun sebelumnya.

Mengikut kategori kemalangan, kemalangan maut mencatatkan peningkatan sebanyak 48 kes pada tahun lepas berbanding 31 kes pada 2021. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan