Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Milton Foo tampil membantu seorang wanita warga tempatan membuat laporan polis di Balai Polis Padungan, hari ini. Foto: Burhanuddin Kamel

Jangan kongsi kad ATM dengan individu lain – Milton Foo

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 17 Jan: Orang ramai diingatkan agar tidak menyerahkan atau meminjamkan kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka kepada individu lain termasuk saudara-mara dan rakan terdekat.

Setiausaha Agung Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Milton Foo menegaskan, perkara tersebut bukan sahaja menyebabkan identiti individu disalah guna, malah ia juga merupakan satu bentuk pelanggaran undang-undang sedia ada yang mana boleh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

“Ini merupakan kes polis yang serius, jika disiasat, anda mungkin didapati bersalah oleh mahkamah kerana bersubahat dengan ‘scammer’.Walaupun kad ATM anda digunakan tanpa pengetahuan anda sendiri, mungkin anda merasakan tidak bersalah, tetapi hakikatnya anda sedar bahawa kad tersebut dipinjamkan kepada orang lain.

“Ia menyebabkan orang ramai mengalami kerugian yang mana sebenarnya anda dipergunakan oleh sindiket ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tampil membantu seorang wanita warga tempatan membuat laporan polis di Balai Polis Padungan, hari ini.

Katanya, wanita berkenaan telah dieksploitasi yang mana maklumat akaun banknya digunakan sebagai akaun keldai iaitu digunakan suspek untuk menerima wang hasil aktiviti penipuan.

“Suspek dikatakan menjerat mangsa untuk menyerahkan tiga kad ATM dan memberi imbuhan sebanyak RM200 bagi satu kad sebagai balasan.

“Namun begitu, mangsa bukan sahaja tidak mendapat keseluruhan jumlah imbuhan yang dijanjikan, malah kad ATM miliknya juga telah digunakan oleh sindiket penipuan itu,” ujarnya.

Katanya, pihaknya telah tampil membantu mangsa yang mengadu mengenai perkara itu pada Isnin dan satu laporan telah dibuat di Balai Polis Padungan dan seterusnya kes dirujuk ke Balai Polis Sungai Maong.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan