Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Bernama

Had laju Jalan Persekutuan dikurangkan 10 km/j sempena Tahun Baharu Cina

ByBernama

DENGKIL, 17 Jan: Had laju di Jalan Persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, bermula esok hingga 27 Januari ini.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, sepanjang tempoh itu, had laju di Jalan Persekutuan diturunkan kepada 80 km/j berbanding 90 km/j.

“Ini merupakan antara langkah keselamatan dan pemantauan diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang sering berlaku pada musim perayaan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2023 di sini, hari ini.

Operasi tahunan bertemakan ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’ itu merupakan jalinan kolaborasi strategik kali pertama antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Nanta berkata, pihaknya telah mengenal pasti 76 lokasi kerap berlaku kemalangan di Jalan Persekutuan dan akan terus memantau lokasi berkenaan.

Bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna di Jalan Persekutuan, beliau berkata, kerajaan telah melaksanakan kerja pembaikan di 53 lokasi kerap berlaku kemalangan (blackspots) melibatkan kos sebanyak RM17.2 juta dan memasang lampu jalan di 40 lokasi dengan kos sebanyak RM4.7 juta pada tahun lepas melalui program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan