Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: TVS

Anwar: Tiada hajat bina mercu tanda baharu

ByBernama

PUTRAJAYA, 17 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak berhajat untuk membina mercu tanda baharu di bawah pentadbirannya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata mercu tanda sedia ada seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara TRX sudah mencukupi.

“Saya jaga Kuala Lumpur, cukup mercu tanda KLCC dan TRX, saya takkan bersaing. Bawah Anwar, saya tak berhajat buat petanda,” katanya ketika berucap pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 bertema ‘Membangun Malaysia Madani’ di sini hari ini.

Sebaliknya, Anwar berkata terdapat keperluan untuk menjana keupayaan kota, kebersihan, keindahan serta memberi ruang dan tumpuan kepada perusahaan kecil sederhana (PKS), golongan penjaja dan pengusaha warung.

Berdasarkan pemerhatiannya melalui pendekatan makan di warung pada setiap Jumaat, Anwar berkata kurang perhatian diberikan kepada golongan PKS dan penjaja.

“Oleh itu tumpuan membantu sektor itu perlu dalam memastikan rakyat golongan bawah mendapat manfaat dari inisiatif dan pembaharuan,” katanya yang turut mengajak syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bersama menjayakan usaha itu melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan