Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman pada Perasmian Mata Singa sempena Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Hokkien Limbang. Foto: TVS

Persatuan Hokkien Limbang perlukan tanah bina bangunan baharu

LIMBANG, 16 Jan: Persatuan Hokkien Limbang memerlukan sebidang tanah untuk membina bangunan baharu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti di lokasi yang lebih selesa.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menyarankan agar persatuan itu atau mana-mana persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain untuk mengemukakan permohonan kepada kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Limbang.

Menurutnya, kerajaan menyedari keperluan persatuan Cina dan mana-mana persatuan serta NGO lain di daerah itu yang memerlukan bangunan baharu untuk mereka menjalankan aktiviti masing-masing.

“Saya percaya kerajaan akan membuat pertimbangan yang sewajarnya, memang persatuan-persatuan ini merupakan persatuan bukan kerajaan, persatuan sukarela dan mereka memerlukan tempat untuk membuat aktiviti,” katanya kepada TVS malam kelmarin.

Pada masa ini Persatuan Hokkien Limbang mempunyai lebih 1,000 ahli dan terpaksa menyewa di bangunan lama dan tidak dapat menampung kehadiran ahli yang begitu ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, dengan adanya tanah itu, mereka juga boleh membuat premis perniagaan atau dewan yang besar untuk disewakan sekali gus menjadikan sumber pendapatan kepada persatuan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mereka.

“Kerajaan Negeri melalui Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah meluluskan sebidang tanah kepada Persatuan Kedayan Limbang untuk melaksanakan aktiviti dan program.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Perasmian Mata Singa sempena Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Hokkien Limbang.

Sebanyak empat penaja bermurah hati menyumbangkan empat kostum tarian singa kepada Persatuan Hokkien Limbang pada majlis tersebut iaitu Pengerusi Persatuan Hokkien Limbang David Chua Kien Teen, pemilik Boon Hua Restaurant Kong Ah Ngok, Hii Teck Lee dan Persatuan Hokkien Limbang. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan