Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin pada majlis pelancaran Bazar Tahun Baharu Cina 2023 di Miri pada malam Ahad. Foto: TVS

Penerbangan ke Sarawak untuk Tahun Baru Cina ditambah

MIRI, 16 Jan: Jumlah penerbangan ke Sarawak akan ditambah bagi menampung jumlah penumpang sempena Tahun Baru Cina.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, beliau telah menemui dan mendapatkan persetujuan daripada syarikat-syarikat penerbangan untuk mendapatkan penerbangan tambahan.

Dato Sri Lee Kim Shin pada majlis pelancaran Bazar Tahun Baharu Cina Miri 2023. Foto: TVS

“Mereka semua bersetuju untuk menambah bilangan penerbangan. Sebagai contoh, untuk Kuching sahaja semasa Tahun Baru Cina yang akan datang dari 18 hingga 21 Januari ini, kita mempunyai 23 penerbangan tambahan. Miri mempunyai 17 penerbangan tambahan, 23 untuk Sibu dan Bintulu dengan lapan penerbangan tambahan.

“Ada penerbangan mencukupi untuk mereka yang bekerja di luar dan di KL, mereka boleh balik dan meraikan Tahun Baru Cina bersama-sama keluarga dan rakan-rakan,” katanya pada majlis pelancaran Bazar Tahun Baharu Cina Miri 2023 di sini pada malam Ahad.

Tambah beliau lagi, jumlah pelawat ke Miri dan Sarawak juga dijangka meningkat dengan pemindahan ibu pejabat Shell ke Miri dan penerbangan terus dari Singapura ke Miri.

“Saya juga bertemu dengan Malaysia Airlines tentang bagaimana kita boleh mempunyai jaringan antarabangsa yang lebih baik kerana kita semua tahu Shell sedang memindahkan ibu pejabat mereka dari KL ke Miri. Mereka sepatutnya beroperasi pada akhir tahun ini.

“Kita perlu mempunyai jaringan penerbangan yang lebih baik untuk mereka yang dalam industri minyak dan gas. Untuk bahagian Miri dan Singapura, kita ada lapan penerbangan seminggu, kita ada lima penerbangan dari AirAsia dan tiga penerbangan dari Scoot,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan