Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh (lima kiri) di Masjid Al Haq, Kampung Jerijeh yang mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

Penduduk Rajang dan Jerijeh bakal nikmati kemudahan baharu

TANJUNG MANIS, 16 Jan: Pelaksanaan dua projek kerajaan Sarawak di Kampung Jerijeh dan Rajang kini telah siap dan bakal dinikmati oleh penduduk di kawasan itu tidak lama lagi.

Projek tersebut ialah pembinaan Masjid Al Haq di Kampung Jerijeh dan Pasar Tani di Kampung Rajang.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata beliau bersyukur atas kelancaran projek meskipun sebelum ini berdepan pelbagai halangan termasuk penularan wabak COVID-19.

Masjid baharu itu dijangka mampu menampung seramai 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

“Alhamdulillah, projek bernilai RM3,458,254.50 (tidak termasuk kos penimbusan tapak berjumlah RM500,000 di bawah RTP saya sebelum ini) dikendalikan oleh Syarikat Rimbun Prima Sdn Bhd bermula 21 Oktober 2020.

“Peruntukan untuk  tempat letak kereta, pagar dan permaidani telah diperolehi dan kerja-kerja berkaitan akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini,” katanya kepada TVS di sini pada Ahad.

Sementara itu, menyentuh projek Pasar Tani Kampung Rajang, Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata projek itu menelan kos kira-kira RM1.2 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan