Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi (tujuh,kiri) merakamkan gambar bersama pihak pengurusan Pelabuhan Samalaju dan beberapa agensi lain yang berkaitan semasa lawatan kerja beliau ke Pelabuhan Samalaju hari ini. Foto: TVS

Pelabuhan Samalaju giat tingkat kualiti perkhidmatan

BINTULU, 16 Jan: Pelabuhan Samalaju kini sedang giat dalam usaha melaksanakan peningkatan pelbagai aspek selaras dengan pembangunan pelabuhan pintar.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi berkata, pelabuhan tersebut pada masa ini sedang berusaha mendapatkan jentera pelabuhan tambahan, bekerjasama dengan pelabur untuk menambah baik sistem penghantar semasa dan meninjau untuk menaik taraf infrastrukturnya.

“Taman Perindustrian Samalaju (SIP) sangat penting dalam menyumbang kepada ekonomi Sarawak, mencatatkan RM21 bilion pelaburan daripada pelbagai pelabur dan menjana RM4.6 bilion hasil ‘spin-off’ kepada ekonomi tempatan.

“Pelabuhan Samalaju melaporkan bahawa eksport kargonya telah meningkat daripada 5.3 juta tan pada 2021 kepada 6.7 juta tan pada 2022, ” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Pelabuhan Samalaju di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu, pengurusan Pelabuhan Samalaju telah mengorak langkah besar dalam meningkatkan perkhidmatan pelabuhannya kepada pelabur di SIP.

“Semasa taklimat tadi, pengurusan Pelabuhan Samalaju memaklumkan bahawa isu peralatan pelabuhan terutamanya kren telah diperbetulkan dan digunakan.

“Masa operasi kren memainkan peranan penting dalam meningkatkan produktiviti keseluruhan dan masa pemulihan penghantaran,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan