Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lukanisman Awang Sauni melawat Klinik Kesihatan Bako. Foto fail, TVS.

KKM rancang wujud hospital berstatus negeri kedua di Sarawak

ByMadeline Dugat

KUCHING, 16 Jan: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang untuk mewujudkan hospital kedua berstatus hospital negeri di Sarawak, kata Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni.

Ujarnya, hospital berkenaan berkemungkinan akan beroperasi di Sibu atau Miri.

“Pendekatan yang digunakan ialah dengan menaik taraf hospital sedia ada di sana.

“Ia akan turut dilengkapkan dengan perkhidmatan doktor pakar,” katanya.

Lukanisman berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Bako di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar negeri, Dr Hazland Abang Hipni dan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Ooi Choo Huck -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan