Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SPRM Sarawak menangkap seorang pengurus syarikat dan dua pegawai polis kerana disyaki mengemukakan dan menggunakan invois yang mengandungi butir matan palsu berjumlah RM19,980.00. Foto: Bernama

DSP antara tiga ditahan SPRM Sarawak berkaitan invois palsu

ByIqmal Firdaus

KUCHING, 16 Jan: Dua pegawai polis termasuk seorang Deputi Superintendan (DSP) merupakan antara tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dan menggunakan invois yang mengandungi butir matan palsu berjumlah RM19,980.00.

Menurut SPRM Sarawak, dua lagi yang turut ditahan ialah seorang Inspektor dan pengurus syarikat.

“Maklumat diterima mengatakan pada 2019, pengurus syarikat telah bersubahat dengan dua pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau dengan mengemukakan dan menggunakan dokumen invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir matan palsu berjumlah RM19,980.00 melibatkan kerja-kerja perkhidmatan dan pembaikan bangunan di pejabat berkenaan walhal kerja-kerja itu tidak dilaksanakan,” jelas SPRM menerusi kenyataan media hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kenyataan itu turut memaklumkan pengurus syarikat akan direman di Mahkamah Sibu pada pukul 9 pagi esok manakala dua pegawai polis berkenaan akan direman di Mahkamah Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan