Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencuba Toyota Mirai yang digerakkan oleh tenaga hidrogen. Foto: TVS

Abang Johari berharap Sarawak mampu menghasilkan hidrogen lebih murah

ByDouglas Elliot

KUCHING, 16 Jan: Penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi elektroliser di Sarawak diharap dapat menghasilkan hidrogen yang lebih murah dalam tempoh lima hingga 10 tahun.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ke arah itu, Sarawak menerusi SEDC Energy kini bekerjasama dengan Korea Selatan dan Jepun dengan matlamat menjadikan bahan bakar itu lebih murah.

“Walaupun prosesnya kini agak mahal, namun ada kemungkinan harga akan turun dengan pengeluarannya menggunakan teknologi elektroliser,” katanya pada sidang media sempena majlis penyerahan kereta Toyota Mirai di sini, hari ini.

Abang Johari berkata lagi, inisiatif tenaga hijau kerajaan Sarawak telah menarik beberapa kerjasama daripada negara lain.

Menurutnya, SEDC Energy telah menjalin kerjasama dengan syarikat Korea Selatan untuk membangunkan sebuah loji pengeluaran hidrogen di Bintulu yang dijangka beroperasi pada 2025.

Dalam pada itu, UMW Toyota sebelum ini menyerahkan empat Toyota Mirai kepada SEDC Energy manakala yang kelima disampaikan kepada Premier Sarawak bagi menandakan komitmen kerajaan Sarawak terhadap neutraliti karbon menjelang 2050 dan inisiatif mobiliti hijau dan tenaga hijau.

“Sarawak semakin bergerak maju dalam pelaksanaan tenaga hijau. Kenderaan ini adalah revolusi dalam industri automotif dan ini sejajar dengan usaha Sarawak mempromosikan penggunaan tenaga hijau dan hidrogen,” katanya.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. memuji usaha SEDC Energy dalam melaksanakan aspirasi kerajaan Sarawak untuk menjadi hab tenaga hijau serta usahanya dalam membangunkan stesen bahan bakar bersepadu dan projek hidrogen.

“UMW Toyota Motor dan SEDC Energy bersedia untuk memanfaatkan peluang untuk menerokai potensi teknologi hidrogen untuk membangunkan ekonomi karbon,” katanya.

Kenderaan ini boleh dipandu sejauh 1,000 kilometer untuk satu pengisian.

“UMW Toyota Motor dan SEDC Energy bersedia untuk memanfaatkan peluang untuk mengkaji lebih lanjut potensi teknologinya sebagai batu loncatan untuk membangunkan ekonomi rendah karbon dengan sistem sel bahan api baharu yang mengutamakan saiz padat, kecekapan dan produktiviti untuk menyokong mobiliti diperlukan masyarakat,” katanya syarikat itu dalam satu kenyataan. 

Sama seperti sebuah kereta sedan konvensional dan keupayaan untuk mengisi minyak dalam tempoh lima minit, Toyota Mirai menggunakan sel bahan api hidrogen dengan potensi besar sebagai kenderaan mesra alam atau “ultimate eco-car”.

Menerusi penggunaan hidrogen, bahan buangan yang terhasil adalah air biasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan