Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Program Pagi Bebas Kenderaan Bandaraya Kuching, di sini, pagi tadi.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Program Pagi Bebas Kenderaan Bandaraya Kuching pagi tadi. Foto: TVS

Status Sarawak, Sabah sebagai wilayah belum diwartakan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 15 Jan: Pengiktirafan status Sarawak dan Sabah sebagai wilayah dalam Malaysia belum diwartakan dan masih lagi di peringkat cadangan, kata Premier Sarawak,  Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau menegaskan bahawa Sarawak tetap berstatus wilayah sejak dari mula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) diwujudkan.

“Pewartaan Sarawak dan Sabah sebagai wilayah masih lagi di peringkat cadangan dan belum dimuktamadkan, dari mula lagi memang kita sepatutnya wilayah, tetapi keadaan sudah berubah selepas 60 tahun.

“Semua ini adalah mengikut segala yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kita yang telah mengambil kira MA63 dan IGC,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Pagi Bebas Kenderaan Bandaraya Kuching, di sini, pagi tadi.

Jelasnya, isu berkenaan pewartaan status itu akan dibincangkan di dalam mesyuarat berkaitan MA63 dan IGC pada 19 Januari ini.

“Kita tunggu dulu, nanti ada mesyuarat pada 19 Januari yang turut melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatannya ke Sarawak, perkara ini akan dimuktamadkan sama ada perkara ini pasti atau pun tidak,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bukan lagi berstatus negeri sebaliknya wilayah namun belum menyatakan pelaksanaan secara rasmi status berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan