Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Majlis Pembukaan Rasmi Kampung Budaya Bidayuh (BCV), Gawai Bandi Persatuan Penyelidikan dan Pembangunan Pergerakan Singai Sarawak(Redeems) 2023 dan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Redeems di Redeems Centre Kampung Apar Singai, Bau, malam tadi. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak sasar hasil pendapatan negeri RM11 bilion tahun ini – Abang Johari

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 15 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis Sarawak berupaya mencapai sasaranĀ  hasil pendapatan negeri berjumlah RM11 bilion tahun ini.

ā€œJumlah paling tinggi yang kita peroleh pada tahun 2018 ialah antara RM4 bilion hingga RM5 bilion sahaja. Selepas tahun 2018 hingga sekarang hasil pendapatan negeri semakin meningkat, ini merupakan sebab mengapa kita menubuhkan Dana Kekayaan BerdaulatĀ  Sarawak.

ā€œDana ini merupakan dana bagi semua rakyat Sarawak. Oleh itu, kita harus menguruskan wang dan pelaburan secara berhemah dan menyimpan untuk masa hadapan,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pembukaan Rasmi Kampung Budaya Bidayuh (BCV), Gawai Bandi Persatuan Penyelidikan dan Pembangunan Pergerakan Singai Sarawak(Redeems) 2023 dan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Redeems di Redeems Centre Kampung Apar Singai di sini, malam tadi.

Abang Johari berkata,Ā Sarawak mampu menjadi wilayah maju menjelang 2030 seiring Singapura yang muncul negara yang majuĀ  dalam bidangĀ  ekonomi di rantau Asia.

“Walaupun Singapura tidak mempunyai sebarang hasil sumber semula jadi berbanding Sarawak, namun mereka (Singapura) mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi.

“Sarawak mempunyai hasil sumber yang mampu membangunkan ekonomi namun kita hanya ‘tersangkut’ di tahap pengetahuan,” katanya.

Memetik contoh mantan Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew berjaya mengubah Singapura yang asalnya tempat berpaya menjadi sebuah negara yang maju, Abang Johari yakin dengan berbekalkan pengetahuan dan perpaduan, Sarawak mampu bangkit dan menjadi negeri yang berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Pada majlis itu Abang Johari turut menyerahkan cek berjumlah RM3 juta kepada Presiden REDEEMS, Datuk Peter Nansian Ngusie bagi menyokong usaha yang dilakukan oleh REDEEMS. ā€“ TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan