Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 66 orang disahkan terbunuh apabila sebuah pesawat  yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal terhempas di Nepal pagi Ahad. Foto: Envato

Pesawat terhempas: Sekurang-kurangnya 66 maut di Nepal

ByBernama

NEW DELHI, 15 Jan: Sekurang-kurangnya 66 orang disahkan terbunuh apabila sebuah pesawat  yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal terhempas di Nepal pagi Ahad.

Jurucakap Tentera Nepal Krishna Bhandari memberitahu Agensi Anadolu bahawa 66 mayat telah ditemukan dari lokasi nahas setakat ini.

Usaha mengesan enam orang lagi mangsa sedang giat dijalankan.

Pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri Fanindra Mani Pokharel, memberitahu bahawa pesawat penumpang yang dikendalikan Yeti Airlines terhempas berhampiran Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular yang terletak 200 kilometer ( 120 batu) dari barat Kathmandu.

Jurucakap Polis Nepal Tek Prasad Rai memaklumkan bahawa anggota polis dan tentera dikerah ke lokasi nahas.

Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal melahirkan rasa sedih atas “kemalangan tragis Yeti Airlines ANC ATR 72 yang dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara.”

“Saya dengan tulus merayu kepada anggota keselamatan, semua agensi kerajaan Nepal, dan orang awam untuk memulakan penyelamatan yang berkesan,” menurut ciapannya di Twitter.

Kedutaan India di Kathmandu pada Ahad mendedahkan  maklumat yang diberikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal bahawa lima warga India menaiki penerbangan itu.

“Kedutaan sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan sedang memantau keadaan,” menurut misi itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan