Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) berdaftar Raja Noor Iffa Nadia Raja Nordin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh pertuduhan mendera seorang bayi sehingga koma. Foto: Bernama

Pengasuh taska mengaku tidak bersalah dera bayi

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 15 Jan: Seorang pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) berdaftar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan mendera seorang bayi sehingga koma.

Tertuduh, Raja Noor Iffa Nadia Raja Nordin, 27, didakwa menganiaya bayi tersebut sehingga menyebabkan pendarahan dalam kepala dan retak pada tempurung kepala sebelah kiri di sebuah taska, di sini, antara 1 hingga 3 Jan lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Nooriah Osman membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 16 Feb ini sebagai tarikh sebutan semula.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.

Media baru-baru ini melaporkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan koma selepas dipercayai didera pengasuh di sebuah pusat jagaan kanak-kanak berdaftar di Batu Buruk di sini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata mangsa koma selepas mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan otak dan retak pada tempurung kepala. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByBernama-
ByBernama-
ByBernama-