Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan dua maut dan dua cedera parah di Lampu Isyarat Paragon, Jalan Sultan Iskandar, Bintulu malam semalam, disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

Lumba haram: Seorang maut, lima cedera

ByBernama

IPOH, 15 Jan: Seorang penunggang motosikal maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan yang dipercayai berpunca daripada kegiatan lumba haram di KM187.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan awal pagi ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 1.50 pagi tadi berkaitan kemalangan yang melibatkan enam motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Plaza Tol Alor Pongsu menghala ke Bukit Merah.

Beliau berkata lelaki yang berumur 20 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima penunggang yang lain mengalami pelbagai kecederaan.

“Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Taiping dan Parit Buntar bagi menerima rawatan manakala lelaki yang maut dibawa ke Hospital Parit Buntar bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Yusri berkata kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, dan beliau selain meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan di talian 057210539 atau 0136200564. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan