Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam (dua kiri) menyaksikan salah seorang kanak-kanak penghidap autisme sedang membuat manik untuk kegunaan topeng muka semasa Hari Terbuka dan Bazaar Mini KAA di Kuching. Foto: TVS.

Tingkat kesedaran, kefahaman mengenai autisme

KUCHING, 14 Jan: Kesedaran masyarakat terhadap autisme perlu ditingkatkan lagi, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam.

Beliau berkata, masalah autisme terjadi apabila terdapat gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial serta tingkah laku mereka.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan ramai menganggap kanak-kanak yang mengalami masalah autisme sebagai golongan yang pelik, tidak beradap, lembab, suka bersendirian dan sebagainya.

“Oleh itu saya mencadangkan setiap peringkat masyarakat supaya menghormati kepelbagaian dan menerima perbezaan yang wujud dalam kalangan penghidap autisme serta menghulurkan bantuan dan sokongan kewangan dan sokongan moral kepada golongan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Terbuka dan Bazaar Mini Persatuan Autisme Kuching (KAA) di sini, hari ini.

Katanya, usaha yang dilakukan oleh KAA yang mengetengahkan bakat serta kebolehan kanak-kanak dan pelajar dengan masalah autisme berupaya membantu masyarakat memahami kemampuan golongan penghidap autisme tersebut.

“Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan orang kelainan Upaya (OKU) termasuk golongan individu dengan austism di negeri ini,” ujarnya.

Katanya, antara bantuan tersebut adalah elaun OKU di rumah atau Pusat Komuniti, Bantuan OKU tidak berkerja, bantuan penjagaan OKU atau pesakit kronik terlantar serta elaun pekerja OKU (EPOKU).

“Inisiatif kerajaan ini adalah untuk meringankan beban golongan OKU, di samping membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih bermaruah dan bahagia,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan