Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peniaga di Pasar Tamu Bintangor. Gambar Fail Foto: TVS.

RM1.5 juta naik taraf Pasar Tamu Bintangor

BINTANGOR, 14 Jan: Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) memperuntukkan RM1.5 juta untuk menaik taraf Pasar Tamu Bintangor yang dijangka bermula pada tahun ini.

Projek tersebut merangkumi keseluruhan ruang niaga yang menjadi tumpuan awam itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, kerja naik taraf akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dengan baik pulih siling bocor bangunan tersebut.

“RM1 juta sudah diluluskan di bawah RMK-12. Pada tahun ini Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) akan menaik taraf bumbung dan kemudahan lain. Tahun depan pula, ada setengah juta lagi bagi menaik taraf Pasar Tamu Bintangor ini,” katanya ketika ditemui TVS di Bintangor semalam.

Beliau berkata, projek itu merupakan sebahagian bukti komitmen kerajaan dalam usaha mentransfromasikan serta mengukuhkan rangkaian peruncitan di pasar berkenaan.

Selain memberi wajah baharu, beliau berkata, ia juga bakal menjadi penarik kepada pengunjung, selain menyediakan lebih keselesaan kepada lebih 100 peniaga kecil yang mencari rezeki di tapak itu.

Pasar Tamu Bintangor bukan sekadar untuk para peniaga menjual makanan dan minuman, malah terdapat aneka jualan lain termasuk barangan keperluan rumah dan lain-lain lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan