Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dennis Ngau bergambar bersama para peserta selepas gimik perasmian. Foto: TVS

Belia perlu dilengkapkan dengan ilmu politik dan pilihan raya

MIRI, 14 Jan: Golongan muda perlu dilengkapkan dengan ilmu politik dan pilihan raya supaya mereka dapat membuat pilihan yang bijak untuk masa depan mereka.

Begitulah yang diharapkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau, untuk golongan muda masa kini bersama-sama memakmurkan wilayah Sarawak.

“Apa yang kita hendak buat di sini tidak lain tidak bukan memakmurkan wilayah Sarawak dengan mewujudkan peluang ekonomi, pekerjaan, pembangunan dan sebagainya. 

“Saya sangat gembira dengan golongan muda di sini. Bagi menggerakkan sebuah negara itu, kita perlu bersatu, bekerjasama dan memahami. Kampung juga memerlukan kepimpinan daerah, negeri dan sebagainya,” katanya di Program Perintis 1828 Belia Bersatu Telang Usan di Dynasty Hotel hari ini.

Katanya, golongan muda juga perlu membuat pilihan bijak semasa musim pilihan raya dengan melihat kepada sumber yang sahih.

“Perkara yang penting sekali adalah apabila kita buat pilihan dalam pilihan raya, kita mesti tengok parti mana yang memerintah. Sekarang banyak generasi muda terpengaruh kena dengan sosial media. Itu tidak salah, tetapi kita perlu tengok keadaan sebenar. Kami sebagai wakil rakyat kerajaan negeri Sarawak, termasuklah majlis daerah berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa pembangunan,” katanya lagi.

Perintis 1828 merupakan platform anak-anak muda dari umur 18 sehingga 28 tahun turut serta dalam mengundi pemimpin masa depan dan seramai 50 peserta dalam kalangan belia yang menyertai program ini.

Program ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat selaku Jawatankuasa Gerak 1828 Parti PBB Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan