Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tekanan air rendah disebabkan bekalan air tidak mencukupi di stesen penggalak

SIBU, 13 Jan: Lembaga Air Sibu membekalkan air bersih melalui lori tangki air ke kawasan yang berhadapan tekanan air rendah ketika waktu puncak.

Pengurus Besar Lembaga Air Sibu, Abdul Malik Abdullah berkata selain langkah itu, jika ada kebocoran paip pihaknya akan mengambil tindakan segera membaikinya.

Lembaga Air Sibu juga sentiasa mengesan kebocoran paip untuk mengurangkan kehilangan air dan memantau masalah bekalan air di Stesen Penggalak Deshon secara berterusan.

“Pihak Lembaga telah menerima banyak maklum balas berkenaan masalah tekanan air rendah atau tiada bekalan air pada waktu puncak di beberapa kawasan yang mendapat bekalan air dari Stesen Penggalak Deshon,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, sejak minggu lepas, Stesen Penggalak Deshon terpaksa dikurangkan kadar mengepam air kerana mengalami masalah bekalan air yang tidak mencukupi.

Ia susulan permintaan bekalan air yang tinggi menjelang musim perayaan dan menyebabkan lapan kawasan yang mengalami masalah tekanan air rendah atau tiada air dan menjadi lebih teruk pada waktu puncak.

Kawasan terjejas ialah Sungai Merah (termasuk Jalan Ulu Sungai Merah Lorong 1 sehingga 31, Jalan Apollo, Jalan Nan Sang, Jalan Kulas, Jalan Lilin dan Jalan Kuang), Jalan Disa, Jalan Getah, Jalan Rumbia, Jalan Ding Lik Kong, SMK Agama Sibu dan SK Agama Sibu, Jalan Teku Lama dan Bawang Assan, Melangan dan Bukit Besai dan kawasan Teku dan Teku Pasai.

“Pihak Lembaga juga ingin memohon kerjasama para penduduk yang terjejas untuk membantu dengan cara menggunakan air dengan bijak dan tidak membazir serta melaporkan kepada pihak Lembaga jika ada kebocoran air atau paip pecah,” katanya.

Lembaga Air Sibu boleh dihubungi menerusi talian khidmat 24 jam, 013-8106311. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan