Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tembakan dilepaskan polis terkena mulut dan kepala buaya menyebabkan reptilia itu berpatah balik ke kolam. Foto: PDRM.

Polis lepas empat das tembakan ke arah buaya di kolam terbiar 

ByElani Rosllan

KUCHING, 13 Jan: Polis melepaskan empat das tembakan ke arah seekor buaya sebagai langkah keselamatan di kolam terbiar di Taman Malihah di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tembakan itu terkena mulut dan kepala buaya menyebabkan reptilia itu berpatah balik ke kolam.

Anggota polis dari Balai Polis Batu Kawa terbabit ditugaskan ke lokasi untuk menjaga keselamatan selepas menerima laporan penemuan sarang buaya.

“Dilaporkan seekor buaya sepanjang kira-kira 14 kaki (4.2 meter) muncul dari dalam kolam tersebut terus naik ke tebing dan cuba menyerang anggota terbabit.

“Tiga das tembakan dilepaskan ke arah mulut dan kepala buaya tersebut pada jarak enam kaki serta satu lagi das tembakan dilepaskan ke arah kepalanya sebelum buaya tersebut masuk semula ke dalam kolam,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kesemua anggota polis dan kakitangan Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang menyertai operasi tersebut dilaporkan selamat.

Operasi memburu buaya itu diteruskan hari ini. 

Baru-baru ini, penduduk kawasan sekitar telah mengadu ternampak buaya di sebuah kolam terbiar dan khuatir mengancam keselamatan awam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan