Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dicari polis sejak Ogos, penjawat awam suspek kes rogol akhirnya dihadapkan ke mahkamah

ByElani Rosllan

KUCHING, 13 Jan: Seorang lelaki suspek kes rogol dan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di Bintulu dituduh di Mahkamah Bintulu pada Khamis (12 Januari).

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Batholomew Umpit dalam kenyataan hari ini berkata, bekas penjawat awam itu kini ditahan reman di Penjara Pusat Koreksional Bintulu.

Menurutnya, lelaki berkenaan dituduh menerusi aplikasi Zoom pada pukul 2.45 petang di bawah Seksyen 14 (a) dan dibaca bersama Seksyen 16(1), Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sebutan semula terhadap suspek akan dibuat pada 16 Januari ini di Mahkamah Bintulu dan akan dituduh di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (Rogol), Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 15(q) akta yang sama.

Batholomew berkata lagi, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 hendaklah dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan juga boleh dihukum dengan sebat.

Sekiranya sabit kesalahan di bawah Seksyen 15(a) Akta  Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 pesalah hendaklah dihukum penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan hendaklah dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan dikenakan hukuman sebat, katanya.

Sementara itu, polis telah mencari suspek berumur 34 tahun itu sejak Ogos 2022 bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dua pelajar sekolah menengah di bahagian Bintulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan