Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi terkenal dari Indonesia, Cakra Khan, akan tampil menerusi Konsert Mini FACA Fest 2023 di Dewan Tunku Abdul Rahman PUTRA (DeTAR PUTRA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan pada 26 Januari 2023 ini.

Cakra Khan bakal tampil di pentas UNIMAS

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 13 Jan: Penyanyi terkenal dari Indonesia, Cakra Khan, akan tampil menerusi Konsert Mini FACA Fest 2023 di Dewan Tunku Abdul Rahman PUTRA (DeTAR PUTRA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan pada 26 Januari 2023 ini.

Jurucakap penganjur, Nur Salsabila Muhamad Pauzi berharap, festival ini dapat memberi kepuasan dan ‘hadiah’ terbaik bagi para peminatnya.

“Konsert Mini FACA Fest 2023 – Cakra Khan ini merupakan peluang untuk meraikan FACA Fest bersama-sama selepas dua tahun tidak dapat dijalankan secara fizikal disebabkan negara dilanda wabak COVID-19,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, acara FACA Fest merupakan satu program wajib yang perlu dilaksanakan oleh pelajar Pengurusan Seni setiap tahun.

“Acara FACA Fest ini lebih menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan arus perdana dan budaya yang popular pada masa kini.

“Misi utama kami ialah untuk mempraktikkan apa yang kami pelajari di dalam kelas dan diterapkan dalam dunia sebenar pengurusan acara,” ujarnya lagi.

FACA Fest akan berlangsung selama seminggu iaitu daripada 24 hingga 29 Januari.

Tiket Konsert Mini FACA Fest 2023 – Cakra Khan boleh dibeli pada RM130 dan RM180. Pembelian boleh dibuat menerusi Norfarah Nasuha Mohd Kamal (017-4942142). – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan