Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Foto WARISAN.

Shafie dakwa Kerajaan Sabah bukan Kerajaan Perpaduan

KOTA KINABALU, 12 Jan: Parti Warisan Sabah (WARISAN) mendakwa Kerajaan Sabah ketika ini bukan Kerajaan Perpaduan seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah membelakangi saranan Perdana Menteri dan melanggar persetujuan serta kesepakatan yang telah dicapai.

“Majlis Angkat Sumpah Ahli Jemaah Menteri Sabah yang baharu telah berlangsung walaupun ia tidak menggambarkan satu Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid kelmarin berkata, Anwar menyarankan pembentukan Kerajaan Perpaduan di Sabah yang melibatkan semua parti dalam Kerajaan Persekutuan sebagai usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Sementara itu, Mohd. Safie berkata, WARISAN menyokong penuh saranan Perdana Menteri mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan di Sabah.

“Saranan itu juga mendapat persetujuan dan sokongan daripada UMNO dan Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia yang turut hadir pada pertemuan itu,” katanya lagi.

Mohd Shafie berkata, penubuhan secepat mungkin sebuah Jawatankuasa Khas juga ditetapkan bagi merungkai butiran-butiran berkaitan kepimpinan Kerajaan Perpaduan di Sabah yang bertujuan untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan