Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba untuk Majlis Amanat Yang Amat Berhormat Premier Sarawak 2023 di sini hari ini. Foto TVS.

Sarawak mampu hasilkan makanan untuk haiwan ternakan – Abang Johari

ByFebbright James

KUCHING, 12 Jan: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak mampu menghasilkan sendiri makanan untuk haiwan ternakan berbanding hanya bergantung kepada yang diimport.

Premier Sarawak itu berkata, ini kerana negeri ini mempunyai sumber biomas yang boleh dijadikan baja.

Kata beliau, sekiranya Sarawak mengambil langkah berkenaan, pemain industri di sini tidak akan begitu terbeban dengan kenaikan harga produk berkenaan terutamanya makanan ayam yang diimport.

“Menerusi teknologi yang ada, kita boleh menukarkan sumber yang ada sebagai makanan haiwan ternakan. Sebelum ini kita hanya mengimport makanan haiwan ternakan dari luar negara.

“Apabila nilai Ringgit jatuh, ia menyebabkan kos untuk mengimport meningkat manakala peniaga juga terpaksa menaikkan harga barangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Yang Amat Berhormat Premier Sarawak 2023 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, ke arah menjayakan perancangan berkenaan, Sarawak perlu mengkaji kaedah terbaik untuk menguruskan sumber.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Sarawak berada di landasan yang tepat dalam pengurusan tenaga terutamanya pembangunan sumber hidrogen.

“Pelbagai pihak telah membangkitkan isu pemanasan global.

“Data terbaharu yang saya baca mengatakan kepanasan di lautan melebihi suhu sepatutnya yang boleh menjejaskan ekosistem. Sebab itu sekarang ini kita (Sarawak) memfokuskan kepada tenaga hidrogen,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan