Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembinaan benteng hakisan di Pantai Kuala Matu bagi fasa pertama oleh Kerajaan Sarawak di sini hampir siap. Foto TVS.

Projek benteng hakisan di Pantai Kuala Matu siap bulan depan

IGAN, 12 Jan: Projek pembinaan benteng hakisan di Pantai Kuala Matu di sini bagi fasa pertama dijangka akan siap pada bulan depan, kata Datuk Dr Juanda Jaya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak berkata, projek yang bernilai RM8.8 juta itu merupakan bukti komitmen tinggi oleh Kerajaan Sarawak bagi menaik taraf kawasan itu demi manfaat rakyat.

Kata beliau, perlaksanaan projek fasa kedua oleh Majlis Daerah Matu juga akan dilaksanakan segera.

“Rancangan pembinaan benteng yang seterusnya akan memelihara kawasan ini daripada ancaman ombak dan kenaikan aras laut.

“Masalah hakisan pantai di sini amat membimbangkan kerana menjejaskan penduduk malah melemahkan potensi yang dimiliki sebagai lokasi tarikan pengunjung,”katanya kepada TVS baru – baru ini.

Beliau turut memaklumkan ketika ini projek berkenaan melibatkan kerja – kerja tambahan termasuk kerja pembaikan kemudahan futsal di situ.

Pantai Kuala Matu sebelum ini menjadi tumpuan penduduk sekitar dan seluruh negeri yang datang untuk melakukan aktiviti riadah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan