Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat wanita ditemui di Batang Lebaan pada Isnin dikenal pasti. Foto: BBP Sibu

Mayat wanita kereta terjunam di Sibu dikenal pasti

SIBU, 12 Jan: Mayat wanita yang ditemukan terapung di Sungai Batang Lebaan, Bawang Assan pada Isnin lepas disahkan sebagai mangsa kejadian kereta terjunam ke dalam sungai berhampiran Jeti Feri Tanjung Kunyit.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mangsa dikenali sebagai Li Joon Hui berusia 37 tahun.

Katanya, ahli keluarga mangsa telah membuat pengecam di Bilik Mayat Hospital Sibu kelmarin.

Dalam kejadian Jumaat lalu, dua daripada tiga penumpang kereta yang terjunam ke dalam sungai berhampiran jeti itu dilaporkan hilang manakala seorang lelaki berusia 38 tahun iaitu pemandu kereta tersebut terselamat.

Mayat pertama, Philip Yiin Chung Leong, 61, telah ditemui oleh orang awam di Batang Lebaan kira-kira 10 kilometer (km) dari tempat kejadian pada Ahad.

Mayat Joon Hui pula ditemukan pada pukul 9 pagi Isnin lepas.

Zulkifli memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan