KUCHING, 12 Jan: Wakil Malaysia, Lesley Cheam menarik perhatian apabila memperagakan gaun bermotifkan Keringkam Sarawak pada pertandingan Miss Universe 2022 yang sedang berlangsung di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat.
Gaun moden berwarna hijau zamrud yang dinamakan Bintang Beraleh itu digayakan Lesley ketika majlis makan malam kelmarin.
Persalinan itu dihasilkan oleh pereka terkenal, Khaider & Sim Demi Couture yang bekerjasama dengan Danny Zulkifli yang merupakan pemilik butik D’Keringkam Sarawak.
Sementara itu, Danny menerusi hantaran di Instagramnya memberitahu, keringkam yang juga dikenali sebagai Selayah yang merupakan aksesori tudung golongan wanita bangsawan di Sarawak pada zaman dahulu.
“Keringkam juga diperbuat daripada fabrik yang ditenun dengan halus dan menggunakan benang emas pada corak bintang beraleh,”katanya.
Sementara itu, malam final akan berlangsung pada 15 Januari ini dan Malaysia setakat ini belum pernah memenangi gelaran itu.
Pada edisi 2020 di Amerika Syarikat, Miss Universe Malaysia tahun berkenaan, Francisca Luhong James yang berasal dari Sarawak telah mewakili negara. -TVSÂ