Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi. Foto TVS.

Kementerian sambut baik cadangan luaskan penggunaan tenaga solar

ByFebbright James

KUCHING, 12 Jan: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi menyambut baik cadangan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg supaya tenaga solar diperluaskan untuk kegunaan domestik.

Katanya, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan termasuk Sarawak Energy Berhad (SEB) berhubung perkara itu.

Selain SEB, Julaihi memberitahu, kementeriannya juga akan berbincang dengan badan perundangan memandangkan perlaksanaan projek ini kelak melibatkan ordinan dan undang-undang yang ditetapkan.

Baca artikel berkaitan: Abang Johari cadang perluas penggunaan solar untuk perumahan

“Kita sememangnya menggalakkan penggunaan tenaga solar sebagai punca kuasa untuk pengguna domestik.

“Ini satu cadangan yang bagus oleh Abang Johari kerana ianya boleh memberi keuntungan kepada pengguna domestik iaitu menerusi jualan balik kuasa tersebut kepada SEB.

“SEB pula dapat menjual lebihan kuasa tersebut untuk kegunaan industri yang semakin berkembang ketika ini. Jadi untuk perlaksanaannya, kita akan memperincikan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Amanat Premier Sarawak 2023 di Kuching, di sini hari ini.

Abang Johari ketika berucap menyuarakan hasrat kerajaan negeri untuk memperluaskan projek solar di Sarawak sebagai salah satu alternatif sumber tenaga.

Sementara itu, Juhaili memberitahu, kerajaan melalui SEB telah meluluskan ladang solar yang pertama di Sarawak iaitu di Batang Ai.

“Pemasangan solar panel di atas bumbung rumah ini lebih mudah dilaksanakan di luar bandar,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan